Baca Novel Online Percuma di Wattpad


Assalamualaikum..Baca Novel Online Percuma di Wattpad? Wattpad tu apa? Wattpad merupakan laman untuk berkongsi novel,cerita dan cerpen dalam erti kata lain Wattpad merupakan satu platform sosial yang menghubungkan individu melalui perkataan. Bagi peminat novel, kaki novel, pencinta novel, penggemar novel atau pun penulis novel, laman Wattpad merupakan laman yang sangat sesuai untuk anda.

Wattpad merupakan laman komuniti yang bertujuan untuk berkongsi minat, bahasa, dan sebagainya. Ia juga merupakan komuniti bagi penuluis dan pembaca yang terbesar di dunia. Dengan Wattpad, sesiapa sahaja boleh membaca,menulis serta memuatnaik  novel menggunakan apa-apa jenis device seperti smartphone, tablet dan komputer.

Di laman Wattpad, terdapat beribu ribu novel, cerita dan cerpen yang dimuat naik setiap hari. Sehingga tarikh entri ini ditulis, terdapat lebih 75 juta novel yang ada di laman Wattpad. Ini bermaksud korang mempunyai banyak pilihan novel online percuma untuk dibaca. Menarik bukan?


Baca Novel Online Percuma di Wattpad



Mesti korang ingat novel dan cerpen di laman Wattpad 100% berbahasa inggeris. Sebenarnya korang silap besar.Di laman tersebut, terdapat pelbagai bahasa yang digunakan dalam penulisan novel antaranya bahasa inggeris, MELAYU, bahasa Indonesia, Tagalog, Cina dan banyak lagi.Korang tinggal nak pilih sahaja novel sama ada novel melayu dan sebagainya.

Wattpad juga mempunyai pelbagai kategori novel dan cerpen, antaranya aksi, fiksi, cinta, klasik, fantasi dan banyak lagi. Korang boleh pilih mengikut citarasa korang.

Baca Novel Online Percuma di Wattpad


Bagi korang yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan novel atau cerpen, Wattpad merupakan laman yang sesuai untuk korang berkongsi novel atau cerpen yang korang hasilkan. Di sana korang bolehlah bertukar tukar pendapat mengenai novel yang ada bersama dengan penulis atau pembaca novel yang ada di Wattpad. Penulis novel yang ada di laman Wattpadd digelar #Wattpadder.

Baca Novel Online Percuma di Wattpad

Setiap novel yang ada di Wattpad adalah PERCUMA. Wattpad ni macam library bergerak. Korang boleh baca novel secara online ataupun offline, bila bila masa dan di mana sahaja dengan syarat korang kenalah download applikasi Wattpad di GOOGLE PLAYSTORE (Android) dan APPSTORE (IOS). Terdapat dua versi applikasi wattpad iaitu versi official dan versi beta. Saya cadangkan agar korang download versi official kerana ianya lebih stabil berbanding versi beta.

Cara untuk sign up Wattpad senang sahaja. Untuk versi website orang hanya perlu pergi ke laman Wattpad {SINI} dan isi form sign up yang tertera di laman tersebut. Manakala untuk versi mobile pula, korang hanya perlu buka applikasi Wattpad  dan isi form sign up. Selesai isi form, korang klik “START READING”. Done! Korang bolehlah start baca sebanyak mana novel yang korang nak. Happy reading peoples! ^^

Semoga entri Wattpad - Baca Novel Online Percuma memberi manfaat kepada korang. Sekian~ 

p/s: Tak pasti sama ada novel online dari Kaki Novel, Karya Seni, Alaf21, Penulisan2U ada di wattpad. 

8 ulasan

  1. novel terbitan fixi ade x

    BalasPadam
  2. dpt baca hbis 1 buku ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada owner buku yg bg baca smpai habis. :)

      Padam
  3. Tanpa Nama10/14/2016

    buku fixi ade ke ???

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama11/04/2016

    thank you, information berguna tuk saya.. :-)

    BalasPadam
  5. salam... terbaca entry ni terus ke wattpadd dan publish cerita kat sana.. kalau sudi boleh lah singgah baca cerita saya ya https://www.wattpad.com/story/89147967-please-don%27t-love-me-malay-story

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama1/18/2017

    Ade x novel Tukang Masak Tuan Puteri?'_'

    BalasPadam

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to;
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually (including agency)