Tips Mengenakan Pemerah Pipi

Tips Mengenakan Pemerah Pipi


Assalamualaikum..Pemerah pipi atau sering disebut sebagai blusher merupakan pelengkap solekan seorang wanita.Namun, kebanyakkan daripada kita tidak mengetahui cara yang betul untuk mengenakan pemerah pipi ni. Anda pernah tengok tak wanita yang terover memakai pemerah pipi? Kalau kita pakai blusher tak kena cara,orang akan pandang kita semacam je. Ada yang akan label kita macam pelakon opera tak pun macam badut gara gara warna pemerah pipi yang kita gunakan tak sesuai dengan kulit kita. Untuk pengetahuan anda, pemerah pipi berperanan seperti bedak asas dan ia perlu kelihatan lebih natural.

Pemerah pipi ni tak sama seperti gincu dan pembayang mata. Ianya sepatutnya disapu secara sederhana dan tidak boleh bersifat lebih terang berbanding kedua dua asas solekan tadi. Cara terbaik untuk memastikan pemerah pipi anda kelihatan natural ialah dengan cara mengaplikasikan pemerah pipi terlebih dahulu sebelum mengenakan pembayang mata dan gincu. Dengan ini warnanya lebih lembut dan tidak over.

Sebelum anda menyapu pemerah pipi, anda kena pastikan ruang anda mempunyai kadar pencahayaan yang betul.Jika anda masih tak yakin, cuba sapukan pemerah pipi sebanyak tiga atau empat sapuan sahaja. Jangan terover sapu sudahlah. 

Tips untuk memilih warna pemerah pipi ialah anda kena bijak memilih warna yang sesuai dimana pemerah pipi tersebut tidak boleh terlalu terang atau terlalu gelap daripada warna kulit anda. Bobbi Brown memberitahu bahawa pemerah pipi yang betul dan sesuai dengan anda sepatutnya mempunyai warna yang sama dengan pipi anda sewaktu anda benar benar sihat. Selain itu juga, untuk memastikan warnanya lebih sebati dengan diri anda, anda kena gunakan berus yang betul tau.

Pemerah pipi yang dicadangkan mengikut warna kulit :

Putih: Beige,Tawny dan Merah Jambu

Putih Kuning : Coklet pudar, Coklet Gelap dan 'Copper'

Gelap : Merah hati, Warna Perang dan Deep Bronze

Sawo Matang : Oren, Apricot,Peach dan Merah



Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut Mengenai Produk

 Aprikot Pearl Peach Pearl Pink Pearl Plum Pearl Pearl Rose



Tiada ulasan

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to;
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually (including agency)