Panduan Menulis Surat Pengesahan Tidak Bekerja

Panduan Menulis Surat Pengesahan Tidak Bekerja Assalamualaikum..Hari ni saya nak kongsi sedikit Panduan Menulis Surat Pengesahan Tidak Bekerja untuk permohonan penangguhan bayaran balik PTPTN. Sesetengah daripada kita bukan tak nak bayar balik pinjaman PTPTN ni, tapi masalahnya masih belum mempunyai pekerjaan. Yang mempunyai pekerjaan pula, gaji cukup cukup makan memandangkan taraf hidup sekarang ni tinggi. Gali lubang tutup lubang, pinjam duit sana sini nak bayar PTPTN. Bulan depan gali lubang tutup lubang lagi nak bayar hutang dengan member dan bayar PTPTN. 

Ada juga golongan golongan yang tak perlu bayar balik pinjaman PTPTN. Berbalik kepada topik asal kita, anda boleh rujuk contoh  Surat Pengesahan Belum Bekerja di bawah. Sebelum itu, pastikan anda sudah download Borang Penangguhan Bayaran Balik PTPTN. Surat pengesahan ni hendaklah disahkan oleh pegawai pengurusan professional, sebagai contoh Pegawai Daerah. Kena ada cop rasmi sekali tau. Hanya permohonan yang lengkap sahaja yang diproses oleh pihak PTPTN. Untuk pengetahuan anda, sepanjang proses permohonan penangguhan bayaran balik ni anda dikehendaki untuk membayar balik jumlah yang diminta sehingga permohonan penangguhan bayaran balik anda diluluskan oleh pihak PTPTN. Semoga berjaya! ^^



Lee Min Ho
Lot 123,  Jalan 456,Taman Kimchi
50490, Kuala Lumpur
Malaysia
_________________________________________________________________________

PTPTN
Lot G2, Tingkat Bawah,
Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Sematan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur
Malaysia                                                                                                            1 Februari 2015

Tuan,

PENGESAHAN TIDAK BEKERJA

Segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya, penama seperti bermaklumat di bawah dengan ini mengakui bahawa saya masih belum mempunyai pekerjaan.

NAMA :  LEE MIN HO
I/C : 870622-xx-xxxx
ALAMAT : LOT 123, JALAN 456, TAMAN KIMCHI, 50490, KUALA LUMPUR, MALAYSIA
STATUS : TIDAK BEKERJA

3. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

Yang benar,

____________________________________
(                         Lee Min Ho                          )
                       870622-xx-xxxx


Saya __________________________________  yang berjawatan ______________________di ___________________________________ mengesahkan bahawa penama berstatus tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan.

Disahkan oleh,

_______________________
(                                         )                                                                Tarikh : _____________


18 ulasan

  1. terima kasih sebab kongsi.. hehehe

    BalasPadam
  2. thankss...tapi kalau letak dalam words lagi cantikkk...hahhaahaha
    Thanks again!!!

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama12/10/2015

    tq.bnyan membantu

    BalasPadam
  4. Bolehkah bagi pengetua sekolah menengah tandatangan surat Pengesahan ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang tu saya tak sure dear, but boleh try. :)

      Padam
  5. thankyou sis, sangat sangat membantu :'( almaklumla ahad ni dah nak daftar degree sekarang baru tau kena buat surat penangguhan bayaran ptptn tu. alhamdulillah thankyou sis for sharing. May Allah bless you :*

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Welcome dear. Same goes 2 u too :)

      Padam
  6. Yg 2 x sure, seeloknya mintak cop pengesahan kt pegawai daerah / ketua2 jabatan. :)

    BalasPadam
  7. di mana saya boleh jumpa cop pengesahan kt pegawai daerah / ketua2 jabatan ?

    BalasPadam
  8. thanks ! di mana saya boleh dapat jumpa cop pengesahan kt pegawai daerah / ketua2 jabatan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pergi ke pejabat daerah atau jabatan2. request untuk minta cop pengesahan dari mereka. :)

      Padam
  9. Tanpa Nama8/03/2016

    kalau buat akuan sumpah di suruhanjaya sumpah oleh ke ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang 2 x sure pulak. -.-

      Padam
  10. Tanpa Nama8/22/2016

    thank uuuuu

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama9/19/2016

    tapi sis, nak tanya ni.. bukan dia suruh buat surat pengesahan tak bekerja dari kwsp ke? maksudnya kita tak buat caruman kwsp lagi? mohon pencerahan.. terima kasih untuk info diatas jugak :) -yaya-

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau saya tak silap surat dari kwsp cuma option sahaja. based on pengalaman saya sendiri, saya cuma guna surat pengesahan tidak bekerja macam yang saya post kat atas ni then minta cop pengesahan dari D.O/Pegawai. welcome :)

      Padam

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to;
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually (including agency)