Stail Jam Tangan Lelaki Dan Wanita Popular

Stail Jam Tangan Lelaki Dan Wanita Popular

Assalamualaikum..Hello! Hari ni saya nak tanya satu soalan. Dalam banyak-banyak jenis aksesori di luar sana apakah aksesori yang paling popular? Apa? Gelang? Rantai? Salah! Jawapannya ialah jam tangan! Bagi saya sendiri, jam tangan merupakan salah satu aksesori yang wajib saya pakai setiap kali saya menghadiri majlis, bersiar-siar dan sebagainya. Bagaimana pula dengan anda? Untuk pengetahuan anda, sesetengah daripada kita menjadikan  jam tangan sebagai salah satu asset berharga mereka tau. Tahu tak kenapa? Kalau anda nak tahu jam tangan bukan sahaja berfungsi sebagai aksesori malah ianya juga merupakan salah satu pelaburan jangka masa panjang. Sebagai contoh, jam tangan berjenama mewah boleh digadai ketika kita kesuntukkan wang.


Dalam dunia fesyen kita diberikan pilihan dengan bermacam jenis aksesori lelaki dan wanita. Tetapi yang paling mendapat perhatian ialah jam tangan. Walaupun pada awalnya dahulu jam dianggap sekadar sebagai satu alat untuk mengetahui masa. Kini penggunaannya masih diteruskan namun daripada segi rekaan ia telah diberikan sentuhan yang lebih kreatif dan moden, sesuai dengan perkembangan trend fesyen terkini dalam dunia yang serba moden.
Kini jam tangan juga berfungsi sebagai aksesori untuk menonjolkan penampilan. Percaya atau tidak, bahawa seutas jam tangan mampu membuatkan imej seseorang kelihatan lebih menarik dan bergaya? Apa yang pasti anda haruslah dapatkan the latest watches collection yang ada dalam pasaran.

Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita lihat beberapa stail jam tangan terkini popular untuk lelaki dan wanita yang boleh digayakan seperti di bawah ini.

Stail Jam Tangan Lelaki Dan Wanita Popular

Koleksi jam tangan wanita terkini yang kita boleh lihat dalam pasaran sekarang ini dibanjiri dengan pelbagai seleksi pilihan yang cukup menarik. Mengekalkan rekaan yang feminine untuk dipadankan bersama gaya yang lebih lembut namun jam tangan wanita sekarang ini lebih bergaya sesuai dengan trend fesyen terkini yang sedang popular dalam pasaran. Haaa..macam mana? Tergoda tak tengok jam tangan di atas? :p

Manakala di bawah ini pula dua gaya yang paling popular dalam kalangan lelaki dalam menggayakan jam tangan untuk stail lelaki urban. Wow, ada gaya aaaaaa! 

Stail Jam Tangan Lelaki Dan Wanita Popular

Bagaimana? Menarik bukan! Saya pasti stail jam tangan di atas untuk lelaki dan wanita dapat memberikan anda idea untuk menggayakan jam tangan terbaru. Anda juga boleh dapatkan gaya inspirasi daripada stail selebriti kegemaran anda untuk kelihatan lebih bergaya. Get inspired from their styles and mix it with to suit with your taste for a revamped look! 









Tiada ulasan

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to;
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually (including agency)