Buka Akaun CIMB Kwik Dalam Masa 5 Minit

Buka Akaun CIMB Kwik Dalam Masa 5 Minit | CIMB Kwik bukanlah perkhidmatan yang baru diperkenalkan di negara kita. CIMB Kwik telah dilancarkan pada tahun 2013 dan ia merupakan akaun pertama yang boleh dibuka dalam talian tanpa melawat pemindahan wang bank dan cepat untuk nombor mudah alih atau alamat e-mel dan bukannya nombor akaun melalui CIMB Clicks. 


Buka Akaun CIMB Kwik Dalam Masa 5 Minit

Apa itu Akaun CIMB Kwik?

Akaun CIMB Kwik merupakan akaun yang boleh dibuka secara online bila bila masa tanpa perlu pergi ke cawangan CIMB Bank. Akaun CIMB Kwik juga boleh digunakan serta merta tanpa perlu tunggu berjam jam atau berhari hari. Menarik kan?


Apakah Kegunaan CIMB Kwik?
  • Anda boleh guna Kwik Card ketika membeli belah secara online. Apa yang menarik ialah Kwik Card menyediakan promosi yang istimewa dan bakal membuat anda teruja.
  • Anda boleh memindahkan wang dengan hanya menggunakan nombor telefon bimbit dan email.
  • Anda boleh Top Up kad tambah nilai prabayar
  • Anda boleh memindahkan wang ke luar negara
  • Anda boleh bayar bill on time

Kenapa Perlu Ada Akaun CIMB Kwik?

  • Swipe di mana mana kedai macam Kad Debit
  • Pengeluaran tunai di ATM CIMB
  • Nikmati diskaun & keistimewaan sebagai pemegang Kad Kredit / Kad Debit CIMB Bank.
  • Hanya perlu memasukkan sejumlah wang yang anda nak gunakan ketika shopping online jadi tak berlaku pembaziran.
  • Jika anda sering berurus niaga dalam talian (contohnya,pembayaran bil, tambah nilai prabayar, dan lain-lain) gunakan Akaun Kwik sebagai akaun khusus untuk semua urus niaga dalam talian anda untuk keselamatan tambahan.
  • Jika anak anda berusia 18 tahun dan melanjutkan pelajaran di tempat lain, minta mereka untuk membuka Akaun Kwik supaya anda boleh  memindahkan wang kepada mereka dengan mudah dan cepat. 

Cara Buka Akaun CIMB Kwik

Akaun Kwik boleh dibuka dalam EMPAT langkah mudah

Pertama, pergi ke laman web CIMB Clicks dan klik pada ‘Memohon Kwik.

Buka Akaun CIMB Kwik Dalam Masa 5 Minit

Kedua, pilih sama ada anda Anda Bukan Pelanggan Cimb Bank, Anda Pelanggan CIMB Bank dan Mempunyai CIMB Clicks atau Anda Pelanggan CIMB Bank tetapi tidak mempunyai CIMB Clicks. Lepas tu tekan APPLY NOW

Ketiga, isi e-borang seperti dalam gambar dibawah

Buka Akaun CIMB Kwik Dalam Masa 5 Minit

Keempat sahkan permohonan dengan kod kebenaran transaksi (TAC). SIAP!

Tahniah, Akaun Kwik anda berjaya dibuka! Jangan risau Akaun Kwik anda tidak mempunyai hubungan perbankan terlebih dahulu dan tiada deposit minimum yang diperlukan. Anda dengan segera boleh memulakan urus niaga perbankan Akaun Kwik tersebut. Semoga entri Buka Akaun CIMB Kwik Dalam Masa 5 Minit memberi manfaat kepada anda~ 

23 ulasan

  1. macam menarik je..nk buka akaun cimb ni..lum sempat nk g bank

    BalasPadam
    Balasan
    1. guna bank lain utk bukak kwik pun boleh, cuma lagi mudah nak transfer duit ke kwik klo ada akaun cimb :)

      Padam
  2. makin canggih dunia hehe.. ada buat kwik tapi lebih prefer acc yang
    bukak kat kaunter.. dedua guna cuma kwik more to nak shopping online
    bahaya ada duit dalam kwik.. keje nak nyopping je =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..2 la..klo letak duit banyak2 dlm kwik grenti byk jgk benda yg nak dibeli..:D

      Padam
  3. saya nak tanya.....kad dia...nak byr mcm mana ye....hr tu daftr sy ada letak amaun rm20...tp dia x tolak pun....n dia htr msj...congress....... and please proced to get kwik card.. ermm....the prob..is x jumpa...pun...bhagian tuk proced card dia...????

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf lambat reply, kte byr scre online mase apply account kwik.klo sy x silap dia gune button "next" or ade kluar pop up utk proceed. menjawab soalan x? sy cube bantu ape yg termampu. -.-

      Padam
    2. Oh patut la saye nak bayar bill dalam pengiklanan dalam facebook pages saye tak boleh .. sebab tu kan?

      Padam
    3. Oh patut la saye nak bayar bill dalam pengiklanan dalam facebook pages saye tak boleh .. sebab tu kan?

      Padam
  4. Tanpa Nama1/18/2016

    kalau dah aply kwik card tu nk dpt di mana
    pergi ke branch cimb ye?

    BalasPadam
  5. Kalau saya guna acc bank spt bank islam utk buat acc kwik ini boleh jugak?

    BalasPadam
  6. Kad ni bole digunakan untuk transaksi international x mcm kredit kad?

    BalasPadam
  7. hmm Die akan dpt kad lain ke ? bg pelanggan CIMB

    BalasPadam
  8. Bole kah kita menerima wang dari antarabangsa melalui cimb kwik..

    BalasPadam
  9. Bole terima wang transfer dari antarabangsa

    BalasPadam
  10. Dia akan bagi kad khusus utk kwik kalau kite nak. Bayar RM10 secara on9 dan dia akan post ke alamat yg kita bagi tu. Cara nk apply utk kad. Masuk Cimb Cliks --> tekan Settings --> Kwik Settings --> Apply for Kwik Card.

    BalasPadam
  11. Hmmm apa beza dgn saving acc cimb

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama12/18/2016

    Sy besa guna maybank buat bayaran online.. Boleh guna cimb kwik jugak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, takde masalah rasenye. :)

      Padam
  13. Tanpa Nama1/14/2017

    saya nak tanya....saya dh dftar acc kwik secara online tp sy tak dpat lg kad die......mcm mne ye????

    BalasPadam
  14. awak call pihak bank & maklumkan yg awak tak terima kad lagi

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama2/08/2017

    Kad kwik ni sama mcm kad kredit ke? Cuma kena pastikan ada duit dlm akaun? Atau sama mcm kad debit? Saya tanya sbb tak semua online purchase or online booking boleh buat dgn kad debit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, fungsi cimb kwik macam credit card, yang membezakannya cuma kena isi lah setiap kali awak rasa awak nak guna. :)

      Padam

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to;
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually (including agency)